Show video description

Adam Rosly Didakwa Beri Keterangan, Dokumen Palsu Kepada SPRM

Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly didakwa di Mahkamah Sesyen kerana memberi keterangan dan dokumen palsu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan. Adam mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan pada Jumaat. Hakim Mahkamah Sesyen, Allaudeen Ismail menetapkan ikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin bagi semua kesalahan.

Published: 21 April 2017 4:16:07 PM
Programme: mStarTV 2017
Keyword: